Monday, 25 November 2013

PSS SMKPH  terletak di aras 1 Blok B, bersebelahan surau sekolah. Lokasinya yang strategik, menjadikan PSS tempat tumpuan utama warga SMKPH.



Jom ke PSS






Pusat Sumber Sekolah SMK Pengkalan Hulu




Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 Objektif PSS

  • Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis
  •  Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah
  • Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
  • Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat